MEMBINA GENERASI AL QURAN
TANGAN ORANG YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN ORANG YANG MENERIMA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum ,syukur Alhamdulillah kepada Allah SWT di atas limpah
kurniaNya dapat sama-sama kita bernafas dan menghirup udara yang segar sehingga
ke hari ini. Ustazah dan team Mataf sedang berusaha untuk membentuk atau
melahirkan generasi Al-Quran yang mampu membawa Agama Islam ini ke kedudukan
yang lebih tinggi darjatnya.
Mahaad Tahfiz
Perempuan yang terletak di Puncak Alam, Selangor telah beroperasi lebih
daripada 10 tahun .Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan daripada
pelbagai pihak. Pelajar menjadi semakin bertambah sehingga tercetusnya idea
untuk membuka satu lagi Kompleks Tahfiz di Padang Terap, Kedah bagi menampung
pelajar yang ramai.
Dalam usaha ke arah
itu, untuk FASA 1 ini, ustazah dan team
Mataf sedang berusaha keras untuk mengumpul dana berjumlah RM300,000 bagi melakukan kerja-kerja
pembangunan Kompleks Tahfiz dan
setakat ini dana terkumpul adalah sebanyak 26 ribu. Dana yang dikumpul masih
tidak mencukupi dan membuatkan ustazah dan teama Mataf perlu memohon sumbangan
daripada saudara/saudari semua.
Rasulullah bersabda yang
bermaksud:
“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap
hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu
orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu
kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah
sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah."
Hadis Riwayat Bukhari
BAGAIMANA NAK HULURKAN SUMBANGAN ?
Untuk fasa pertama, ustazah dan
team Mataf memerlukan dana sebanyak RM 300,000 untuk tujuan kerja-kerja
pembangunan.Tetapi kami hanya berjaya mengumpul dana dalam anggaran sebanyak RM
26,000 sahaja . Jadi dana yang kami ingin kumpul masih jauh dari sasaran.Oleh
itu, besar harapan ustazah jika saudara/saudari semua bantu ustazah dalam usaha
mewujudkan kompleks tahfiz ini agar hafizah – hafizah muda dapat dilahirkan di
masa akan datang.
Di bawah ini, ada beberapa pilihan pakej sumbangan.Saudara/saudari boleh
hulurkan ikut kemampuan
1) Pakej A: 1 LOT (RM100)
2) Pakej B: 5 LOT(RM500)
3) Pakej C : 1 TIANG (RM5000)
SUDI
TAK KALAU SAUDARA/SAUDARI BANTU USTAZAH?
SILA ISIKAN BORANG YANG TELAH DISEDIAKAN DI BAWAH INI UNTUK DIRECT PAYMENT
DAN NO AKAUN
SETIAP SUMBANGN YANG BERNILAI RM500
DAN KE ATAS AKAN DIBERIKAN SIJIL WAKAF SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN.
PENYUMBANG JUGA BOLEH SERTAKAN SEKALI NAMA-NAMA
ARWAH UNTUK DIBACA DALAM MAJLIS TAHLIL YANG DILAKUKAN SETIAP MINGGU
KHAMIS MALAM JUMAAT.
Semoga dengan sumbangan
saudara/saudari sedikit sebanyak memberikan harapan yang besar buat
hafizah-hafizah disini.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan
saudara/saudari dalam usaha membangunkan kompleks tahfiz ini.. Aaminn..
InshaAllah
MATAF
telah di daftarkan secara sah
No
Pendaftaran JAIS : JLD.8(82)
No
Pendaftaran Sekolah : BZH3036
No
PITAS : 2016-006-164 Sel/KS
Maklumat tambahan :
Alamat Maahad
Tahfiz pertama :
NO 25, LORONG CAKERA PURNAMA 12/13C, 42300 Puncak
Alam, Selangor
Sebarang pertanyaan
boleh hubungi : 011-26422600
Kompleks Tahfiz sedang di bangunkan di :
KUALA NERANG, DAERAH PADANG TERAP, KEDAH.